Pendahuluan

JavaScript merupakan bahasa skrip asas yang membenarkan pembangun laman Internet untuk membina halaman yang dapat berinteraksi dengan pengguna dengan menambahkan beberapa fungsi kecil kepada halaman. JavaScript berasaskan sedikit daripada bahasa pengaturcaraan Java. Ia terkandung didalam kod HTML laman dan akan dibaca oleh browser apabila kita membuka laman berkenaan. JavaScript lebih fleksible kepada pembangun laman Internet dengan menyediakan kemudahan untuk membina window, memaparkan teks bergerak, bunyi dan elemen multimedia yang lain dengan mudah. Ia dimasukkan ke dalam kod HTML dengan tag <SCRIPT> atau di 'embedded' ke dalam laman.

Terdapat dua jenis JavaScript iaitu:-
- JavaScript Netscape (untuk pengguna)
- JavaScript LiveWire (untuk pelayan) 

Walaupun kedua-duanya berbeza dari banyak segi tetapi mereka mempunyai beberapa kesamaan iaitu dari segi:-
-Katakunci
-Variables dan literals
-Model objek yang asas
-Fungsi dan objek dalaman 


[Depan][Pendahuluan][Butang][Teks Bergerak][Tarikh dan Masa][Kalender][Butang Perhatian (Alert)][Tukar Imej][Kakulator]
[Maklumat][Lain-lain][Program][FAQ][Link][Mesin Pencarian]